Kelas Fb Ads - Viralkan produk/servis anda secara online!!
10 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 November 2018 telah berlangsungnya Kelas FB Ads di Pusat Internet Batu Gajah melibatkan 6 orang peserta. Penceramah adalah Nurul Haffiza atau peserta biasa memanggil beliau sebagai Coach Fiza yang merupakan seorang Certified eUsahawan Master Trainer (Trainer Code: TB160). Bertugas sebagai Pengurus Pusat Internet (PI) Kg. Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan (dahulunya dikenali sbg Pusat Internet 1 Malaysia).
Pengisian dalam kelas ini iaitu menentukan pelanggan sasaran yang sesuai untuk produk/servis anda, cara yang betul untuk target lokasi pelanggan, cara menentukan bajet iklan FbAds yang sesuai dan boleh secara terus membuat praktikal di dalam kelas serta lihat hasilnya. Selain FB Ads peserta turut diajar mengenai ayat copywriting dan teknik-teknik posting di media sosial turut diajar bg yg belum mahir. Teknik ambil gambar mengikut Rules of Third untuk mendapatkan gambar sempurna untuk tujuan pengiklanan. Tips bagaimana menghasilkan skema jawapan #pakaxkecekbanyakterusbayar untuk balas PM daripada cust anda. Selain itu, sesi business matching/networking bersama peserta lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: